Kerajaan telah memuktamadkan keputusan dasar berhubung pelaksanaan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ia dicapai dalam dua siri Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal mengenai cadangan balas hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori.